Beautiful Tilawah

Wednesday, 21 November 2012

Bumi Tarbiah, Negara Halaqah, Mukim Usrah


“Bosan lah ukhti asyik kena pergi usrah je..”
“Kenapa pulak nak bosan? Kan dapat tambah ilmu. Dah dapat ilmu boleh sampaikan ilmu tu pada orang lain pulak.”
“Ana bukannya syadid sangat nak tegur orang. Ana ni biasa-biasa je. Belum layak kot nak tegur orang.”
“Layak atau tak, itu bukan kerja kita. Itu kerja penilaian TUHAN. Hmm, itulah salahnya pemahaman kita. Nak tunggu jadi “alim” dulu baru boleh tegur orang.”
“Ana bukan alim macam ukhti.”
“Mana ukhti tahu ana ni alim? Ukhti boleh nilai manusia? Ukhti tahu ke apa yang ada dalam hati ana? Mungkin saja ana berniat tak baik pada ukhti atau pada sesiapa. Takde siapa tahu kan?”
“Berjubah sentiasa, bertudung labuh, selalu pergi usrah, selalu aktif dengan kerja-kerja dakwah, takkan lah boleh buat macam tu pulak kan?”
“Ketinggian iman kita bukan dinilai pada labuhnya tudung kita, berapa banyak kerja dakwah yang kita sertai. Kalau ALLAH nak izinkan manusia tu “hati kontang”, tetap jugak dia bisa buat hal-hal yang melanggari syariat. Waima seorang yang berjubah, berserban sekalipun. Kalau hati dah kalah pada nafsu, tak kemana jugak.”
“Tapi ana tetap rasa tak layak nak tegur orang lagi. Nak berdakwah? Jauh sekali lah. Perlu banyak lagi yang harus diperbaiki.”
“Bukankah Rasulullah ada bersabda, “Sampaikan pesanku biarpun satu ayat.”? Imam As-Syafie ada berkata, ”Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini”. Nah, apa lagi yang ukhti nak bimbangkan? Biarpun ilmu di dada kita tak setinggi ilmu orang lain, namun gunakanlah. Yang sedikit itu lah akan menambahkan “saham” kita. Dunia tak perlukan orang yang alim, warak, ilmu tinggi tentang agama sahaja, bahkan dunia memerlukan kita semua, umat Islam. Siapa lagi nak selamatkan “iman” saudara-saudara kita kalau bukan kita sendiri?”
“Entahlah ukhti. Ana tak sehebat ukhti. Mungkin hidayahNYA belum sampai lagi pada ana untuk tahap nak berdakwah pada orang. Tarbiyah pada diri pun masih compang camping.”
“Ana nak tanya ukhti, logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah. Tarbiyah itu perlu juga dikejar, bukan menunggunya datang menghadap kita.”
“Susah ukhti nak istiqomahkan hati agar tetap di jalan dakwah ini.”
“Susah bagi yang setkan di mindanya susah. Mudah bagi yang anggap ianya mudah. Semuanya datang dari hati ukhti. Kita perlu ikhlas. Tajdidkan niat kita selalu, kompaskan ia ke arah kiblat yang betul, banyakkanlah menangis daripada gelak ketawa. Semoga ALLAH meredhai dan melindungi hijrah kita ini.”
“Ana tak pasti ana sendiri mampu ataupun tak. Rasa bagaikan tiada kekuatan.”
“Ukhti, bukanlah berjuang namanya andai tidak diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Kekuatan jangan ditunggu tapi harus dicari. Ianya takkan bergolek datang sendiri. Jalan ini jalan yang panjang, yakinlah dengan janji ALLAH. Ikhlaskanlah niat, kita berdakwah untuk mengharapkan cinta dan redha ALLAH, bukan sekadar obsesi terhadap syurga sahaja. Kerana manusia yang berdakwah tanpa keikhlasan dan hanya mahukan kesenangan pasti mudah penat lantas gugur dari jalan ini.”
“InsyaALLAH, terima kasih ukhti.”

*Selamat datang di jalan cinta para pejuang. Semoga ALLAH kuatkan hati kita semua untuk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah.


Tuesday, 20 November 2012

Rahsia Surah Al-kautsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Apakah Kita Fikirkan Tampan atau Cantik ?



 Kita kaya?
Kita kuat?
Kita bebas, lepas, merdeka?
Kita tidak PERLU ada orang?
Oke Sekarang, Bagaimana ketika kita MENINGGAL??
Kita PERLU seseorang untuk membersihkan tubuh kita.
Kita PERLU seseorang untuk menutupi tubuh kita dengan Kafan ..
Kita PERLU seseorang untuk mengubur tubuh kita,
DAN, Hal yang paling PENTING, KITA
PERLU SESEORANG UNTUK BERDOA UNTUK KITA.
Jadi, jangan sombong!
Jadilah RENDAH HATI di dunia ini!?
Ingat syaitan bukan bodoh
Tapi, dia SOMBONG..

Kita kaya?
Kita kuat?
Kita bebas, lepas, merdeka?
Kita tidak PERLU ada orang?
Oke Sekarang, Bagaimana ketika kita MENINGGAL??
Kita PERLU seseorang untuk membersihkan tubuh kita.
Kita PERLU seseorang untuk menutupi tubuh kita dengan Kafan ..
Kita PERLU seseorang untuk mengubur tubuh kita,
DAN, Hal yang paling PENTING, KITA
PERLU SESEORANG UNTUK BERDOA UNTUK KITA.
Jadi, jangan sombong!
Jadilah RENDAH HATI di dunia ini!?
Ingat syaitan bukan bodoh
Tapi, dia SOMBONG..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/%ef%bb%bfapakah-kita-fikirkan-tampan-atau-cantik/#ixzz2Cp6LS1Ux

Hati Seorang Yang Bernama Wanita


Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Wallahualam,







Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Wallahualam,


dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/hati-seorang-yang-bernama-wanita/#ixzz2Cp4lgiC2