Sakit.. yang amat!
Backstab!
Itu lah yang dirasakan
apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap
sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia
untuk berasa sakit hati. Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah
lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil
untuk lepas dari kekhilafan.
Mungkin, jika hati ini
sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat.
Who them to us. kan?
Tapi bila “terkena” dengan
sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside.
Memang sakit. Sakit tanpa luka. Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk
menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita
tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
Hati ini memang suatu
organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh
menyebabkan ia luka. Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam
melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi
kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama. Mungkin benda
itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada
kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.
Mungkin selama ini kita
pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.
Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan
dia. Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius
daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje. Sabar, sabar dan
sabar..
Tak perlu la kita
membenci dia, tak perlu balas dendam. Anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia
kepada kita, walaupun sangat mengguris hati,
tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang
harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Pesan dan Nasihat Luqman
al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan
lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan
ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.
Memaafkan.
Dia pernah menjadi
sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita.
Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.
Kenapa?
Kerana orang yang
ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik
kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya
untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah
dia mengantungkan harapan.
memang sukar membiarkan
cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati
itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi
maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia


double triple & infinity LIKE!!! selalu ingtkan diri ini kalu t'sakit hati sbb bff utk kita muhasabah diri kita balik...sejauh mana baik kita terhadap bff kita...tp kalau bff buat something yg melanggar syariat, opkoz kita kena nasihat...kalau dy xnk trime, depends but kita jgn berhenti berusaha dgn "make du'a for her"
ReplyDeleteyeah... thats right... moga mereka sedar kesilapannyer...kite pun ambik ibrah skali...
Delete