Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin
membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin
masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang
tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai
orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara
percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai
pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir
jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula
dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk
masuk ke dalamnya?
Allah..... betapa kerdil diri ini untuk memasuki syurgaNya..
muhasabah... :(

nak masuk toilet pun kene bayar. inikan plak nak masuk syurga yang indah..
ReplyDeletemuhasabah >.<