Beautiful Tilawah

Tuesday, 20 November 2012

Bila..


Bismillah

bila jiwa kacau risau tentang masa depan.

bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami.
bila jiwa sukar berlapang dada.

bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain.

bila hati sentiasa ingin marah.

bila hati mula berjinak dan tunduk dengan nafsu yang Allah tak redha.

bila akal lupa tujuan asal hidup.

bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat.

bila hati rasa puas melakukan perkara sia-sia.

bila jasad duduk enak tanpa berbuat makruf.

bila hati mula tidak sensitif.

bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untukNya.

bila hati mula mengeras.

bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia.

bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

bila diri mula meminta yang berlebihan,

bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,

bila diri rasa sudah cukup.

bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain.

bila diri berpura2 baik di hadapan manusia.

bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa.

bila diri sentiasa mahu dipuji.

bila hati tidak yakin dengan janjiNya

bila diri menyesal dengan setiap takdirNya

bila hati sentiasa mencari dosa dan salah orang lain.

bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

bila hati merasa bebas dari jagaan Allah.

bila merasa diri milik mutlak diri sendiri.

bila hati merasa aman melanggar amanah.

bila merasakan diri sendiri lebih penting dari saudara yang lain.

bila diri terlalu banyak beralasan.

bila setiap perbuatan tidak diniatkan kerana Allah.

bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepadaNya.

bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suciNya.

bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga.

bila redha manusia lebih di cari dari redha Allah.

bila merasa cinta manusia lebih enak dari cinta Allah.

bila hati tidak rindu untuk bertemuNya.

bila hati mula disempitkan dengan dunia.

bila diri sombong tidak mahu meminta kepadaNya.

bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

.................................................................................................................

hati itu bukan hatiku lagi

Heal my heart ya Allah.

bless me with a new heart........

No comments:

Post a Comment