Tahukah muslimah semua
beza antara fikir dan rasa??
Fikir itu dengan
menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati
dan rasa itu melalui hati
~ Nur ~
Seringkali
kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi
mengapa kita masih tidak melakukannya??
Kerana muslimah sekalian,
mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.
Ya kita sentiasa tahu
sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan
kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati
ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan
kita dan menjauhkan kita kepadaNya.
Ketahuilah muslimah,
Hati itu pengawal
keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang
itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.
Seringkali akal gagal
untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga
dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan
menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.
Ingatlah muslimah
sekalian,
Jika hatimu bersih
insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan
sendirinya ke hatimu.
Dan tahukah kamu jika
terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah
untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa
itu kepada kita.
Cuma mungkin kita
diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan
hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.
Wahai muslimah,
Sesungguhnya Allah sangat
menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati
yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa
itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita
harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda
kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..
Waalhualam

No comments:
Post a Comment